Wednesday, March 24, 2010

Ayuh YB BN, Tunggu apa lagi

Sehari dua yang lepas kita dihidangkan dengan drama perletakan jawatan oleh ADUN Titi Tinggi di perlis. Dikkhabarkan bahawa perletakan jawatan beliau adalah akibat ketidakpuasan hati kerana tidak dilantik semula ke jawatan EXCO.

Kita tinggal dulu sebentar drama perletakan jawatan tersebut. Kita kembali kepada drama sebelum ini iaitu kisah drama lompat parti.

Beberapa minggu yang lepas 3 MP PKR telah lompat parti dan menyertai Parti Bebas pimpinan Datuk Paduka Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA. Drama lompat Parti ini diasaskan kepada perasaan ketidakpuasan hati MP terbabit terhadap kepemimpinan parti. Pelbagai alasan yang sebelum ini tidak terpacul dari mulut namun telah diceritakan dengan penuh semangat sambil membaca skrip. MP Bayan Baru juga begitu hebat membaca skrip di dalam Parlimen dengan penuh yakin dan tawadduq walaupun ketika dalam PKR cukup jarang bercakap dalam Parlimen. Namun skrip yang dibaca itu telah mengundang balik peluru berpandu scud ke atas muka beliau. Bodoh sungguh tukang buat skrip itu. Begitu juga dulu dengan ADUN-ADUN di Perak yang telah menjatuhkan pakatan Rakyat tersebut. Skrip yang sama juga dibacakan iaitu kerana hilang kepercayaan terhadap Pimpinan masing-masing. Namun sekarang ini diberitakan sedang bersenang-lenang dengan habuan masing-masing.

Begitu juga dengan MP Bayan Baru. Khabarnya beliau merajuk akibat syarikat dua ringgit beliau tidak diberikan Kontrak oleh syarikat Kerajaan Negeri. MP Nibong Tebal dikatakan terpalit dengan masalah along dan judi. Namun sedikit musykil MP Padang Serai, apakah insentif yang membolehkan beliau membaca skrip di sebelah bekas SUA PKR yang diketahui umum juga merajuk kerana tidak mendapat jawatan CEO di Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Berbalik kepada drama ADUN Titi Tinggi , Perlis. Drama ini telah mendedahkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin BN yang rata-ratanya berjuang kerana Jawatan dan Wang Ringgit. Akibat fobia terhadap PRK, pucuk pimpinan BN telah menghantar kader-kadernya untuk memujuk balik ADUN tersebut. Saya tidak ingin berspekulasi samada ADUN tersebut ada diberikan habuan setimpal atau tidak tetapi bagi saya ADUN tersebut telah hilang kelayakan beliau sebagai wakil rakyat kerana telah mempermainkan kepercayaan penduduk di kawasannya.

Drama terbaru dari BN ini telah memberikan idea kepada saya untuk wakil-wakil rakyat BN. Pada penggal ini BN cukup fobia untuk menghadapi PRK. Jadi, Ayuh YB BN semua, rebutlah peluang yang ada dengan menerbitkan sebuah drama yang boleh memberikan keuntungan lumayan kepada anda semua dengan modal yang rendah dan masa yang singkat. Read More