Wednesday, February 3, 2010

HARGA GULA - KERAJAAN TAK PERLUKAN GST

Akhir tahun 2009 kita diwar-warkan oleh Kerajaan untuk dikenakan good and services tax (GST). Tapi tahukan anda bahawa kerajaan sebenarnya tidak memerlukan GST. Kenapa?

Akhir tahun 2009 kita telah dihadiahkan kerajaan dengan kenaikan harga gula tetapi berjaya ditutup dengan rapatnya dengan isu nama ALLAH. Walaupun nilainya kecil iaitu hanya 20 sen tetapi dari segi peratusannya adalah hampir 14%. Nilai 14% ini sebenarnya melebihi 2 atau 3 kali kadar inflasi semasa.

Kita tinggalkan bab harga gula. Pertengahan tahun ini kita dijanjikan oleh kerajaan mengenai penstrukturan harga minyak yang berlainan bagi kelas rakyat. Saya yakin walaupun melalui penstrukturan ini harga minimum minyak akan dinaikkan. Katakan kenaikan ini lebih kurang 10%. Sebelum saya lupa, sebenarnya harga gandum juga telah dinaikkan sebelum ini. Kerajaan juga telah menarik balik subsidi (kononnya) untuk roti putih.

Saya percaya sebelum kenaikan harga minyak tercapai sebelum pertengahan tahun ini, pelbagai barangan asas akan dinaikkan harga. Saya menjangkakan negara akan mengalami kenaikan harga barangan secara besar-besaran (saya mengharapkan jangkaan saya ini tidak tepat). Kenaikan kesemua barang ini saya menjangkakan melebihi 10%.

Jadi, apa kaitan antara kenaikan harga barang dengan GST. Ketika cadangan GST dikemukakan, Kerajaan mencadangkan GST antara 3-4%. Bandingkan dengan kenaikan harga gula dan ramalan kenaikan harga barang yang lain iaitu kenaikan melebihi 10%, maknanya kenaikan ini sendiri telah melebihi GST sehingga 2 kali ganda. Katakan daripada nilai 10%, setengah daripadanya akan masuk poket Kerajaan. 5% inilah yang diperlukan untuk menampung bajet defisit semasa Najib mengemukakan pakej rangsangan RM60 billion yang telah dijanjikan oleh Najib semasa ucaptama pemasyhuran beliau sebagai Presiden UMNO kepada kaum kerabat UMNO yang memegang lesen kontraktor kelas F.

Jadi di sini, saya menyimpulkan bahawa sememangnya Kerajaan tidak memerlukan GST tersebut kerana mereka telah mendapat lebih daripada yang mereka hajati melalui kenaikan harga barang tersebut. Akhir sekali Najib akan membuat pengumuman seperti berikut:

'Setelah mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, kita mengambil keputusan untuk tidak mengenakan GST dan bersesuaian dengan slogan kita 1Malaysia, 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Maka bertepuk dan bersoraklah akan segala rakyat jelata dengan pengumuman ini dengan teriakan 'Hidup Najib', 'Hidup Najib'.


Sekian,

Sebatang Kara Read More

Monday, February 1, 2010

DI SEBALIK KENAIKAN HARGA GULA

Salam semua,

Apabila bercakap soal AP,apa yang terbayang dalam kepala hotak kita adalah AP untuk kereta. Di Malaysia ini pemonopoli AP paling utama adalah kumpulan NAZA iaitu antara kroni bagi pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini telah menaikkan kemurkaan TDM di mana beribu-ibu AP dikeluarkan kepada NAZA tetapi anak kesayangan beliau hanyalah mendapat 97 AP(kereta Porsche). Namun adakah kita sedar atau tidak bahawa AP ini bukan sahaja wujud dalam industri automobil tetapi juga industri lain terutama yang berkaitan makanan. Antara indsutri yang terlibat adalah seperti Tepung Gandum (saya difahamkan hanya ada kilang pengeluaran Tepung Gandum kat Malaysia ini), Beras dan Gula.

Saya tidak mempunyai begitu banyak maklumat mengenai tepung gandum di Malaysia ini dan terpaksa saya tinggalkan di sini. Mengenai beras pula, semenjak BERNAS ditubukan dan dikorporatkan, saham-saham syarikat ini dimonopoli oleh juga sang kroni yang rapat dengan TDM iaitu Syed Mukhtar Al-Bukhary melalui syarikatnya iaitu Tradewinds. Sebahagian di'public'kan dan telah dikuasai oleh satu firma pelaburan dari Hong Kong. Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan adalah pengimportan beras terutamanya dari Siam sebenarnya telah dimonopoli oleh BERNAS. Kalau kita pergi mana-mana Hypermarket, kita akan jumpa banyak jenama beras tetapi hampir 90% semuanya adalah anak Syarikat Bernas. Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia dan tempatan, namun reda sedikit selepas itu, tetapi harga beras masih lagi pada tahap semasa kenaikan mendadak tersebut. Baru-baru ini, Syarikat Tradewinds telah menyatakan minat untuk menguasai saham dalam BERNAS daripada firma HONG KONG terbabit, dan dengan bantuan Kerajaan mereka telah berjaya.

Akhir tahun 2009 kita dihadiahkan oleh Kerajaan dengan kenaikan harga gula, namun isu ini telah berjaya ditutup dengan pantasnya oleh isu nama ALLAH. Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, gula juga tidak terlepas daripada AP. Mengikut data yang dikeluarkan Kerajaan, sebahagian bahan mentah gula terpaksa diimport. Pemainnya adalah hampir sama dengan pemain utama Beras. AP untuk mengimport bahan mentah tersebut telah dikuasai oleh dua syarikat sahaja iaitu melalui syarikat Robert Kuok dan Syed Mukhtar, cuma quota Robert Kuok lebih tinggi kerana beliau pemain lebih lama. Penghujung tahun 2009 Robert Kuok telah menyatakan hasrat untuk melepaskan syarikat yang telah mem'billionaire' beliau iaitu syarikat berkaitan gula. Di Malaysia hanya terdapat 4 buah kilang pengeluaran gula (sama dengan gandum) dan sebahagian besar saham syarikat tersebut dikuasai oleh Robert Kuok. Apabila beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan bisnes tersebut dua pihak yang berminat menguasainya iaitu Felda dan Syed Mukhtar. Ini bermakna apabila Robert Kuok meninggalkan bisnes ini 100% kuota pengimportan bahan mentah gula akan dikuasai oleh Syed Mukhtar. Pada pendapat saya inilah antara perkara yang memungkinkan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga gula sebanyak hampir 14%.

Daripada isu ini kita melihatkan amalan monopoli oleh sistem kerajaan Malaysia walhal US selaku Raja Kapitalis totok memerangi dua kaedah perniagaan iaitu monopoli dan konspirasi penetapan harga. Tengok apa yang berlaku kepada gergasi konglomerat mereka seperti Standard Oil, AT & T dan Microsoft di mana syarikat tersebut telah dipecahkan kerana mengamalkan monopoli. Antara syarikat terbaru yang akan menjadi sasaran atas dasar monopoli adalah INTEL.

Sekian. Read More