Monday, February 1, 2010

DI SEBALIK KENAIKAN HARGA GULA

Salam semua,

Apabila bercakap soal AP,apa yang terbayang dalam kepala hotak kita adalah AP untuk kereta. Di Malaysia ini pemonopoli AP paling utama adalah kumpulan NAZA iaitu antara kroni bagi pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini telah menaikkan kemurkaan TDM di mana beribu-ibu AP dikeluarkan kepada NAZA tetapi anak kesayangan beliau hanyalah mendapat 97 AP(kereta Porsche). Namun adakah kita sedar atau tidak bahawa AP ini bukan sahaja wujud dalam industri automobil tetapi juga industri lain terutama yang berkaitan makanan. Antara indsutri yang terlibat adalah seperti Tepung Gandum (saya difahamkan hanya ada kilang pengeluaran Tepung Gandum kat Malaysia ini), Beras dan Gula.

Saya tidak mempunyai begitu banyak maklumat mengenai tepung gandum di Malaysia ini dan terpaksa saya tinggalkan di sini. Mengenai beras pula, semenjak BERNAS ditubukan dan dikorporatkan, saham-saham syarikat ini dimonopoli oleh juga sang kroni yang rapat dengan TDM iaitu Syed Mukhtar Al-Bukhary melalui syarikatnya iaitu Tradewinds. Sebahagian di'public'kan dan telah dikuasai oleh satu firma pelaburan dari Hong Kong. Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan adalah pengimportan beras terutamanya dari Siam sebenarnya telah dimonopoli oleh BERNAS. Kalau kita pergi mana-mana Hypermarket, kita akan jumpa banyak jenama beras tetapi hampir 90% semuanya adalah anak Syarikat Bernas. Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia dan tempatan, namun reda sedikit selepas itu, tetapi harga beras masih lagi pada tahap semasa kenaikan mendadak tersebut. Baru-baru ini, Syarikat Tradewinds telah menyatakan minat untuk menguasai saham dalam BERNAS daripada firma HONG KONG terbabit, dan dengan bantuan Kerajaan mereka telah berjaya.

Akhir tahun 2009 kita dihadiahkan oleh Kerajaan dengan kenaikan harga gula, namun isu ini telah berjaya ditutup dengan pantasnya oleh isu nama ALLAH. Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, gula juga tidak terlepas daripada AP. Mengikut data yang dikeluarkan Kerajaan, sebahagian bahan mentah gula terpaksa diimport. Pemainnya adalah hampir sama dengan pemain utama Beras. AP untuk mengimport bahan mentah tersebut telah dikuasai oleh dua syarikat sahaja iaitu melalui syarikat Robert Kuok dan Syed Mukhtar, cuma quota Robert Kuok lebih tinggi kerana beliau pemain lebih lama. Penghujung tahun 2009 Robert Kuok telah menyatakan hasrat untuk melepaskan syarikat yang telah mem'billionaire' beliau iaitu syarikat berkaitan gula. Di Malaysia hanya terdapat 4 buah kilang pengeluaran gula (sama dengan gandum) dan sebahagian besar saham syarikat tersebut dikuasai oleh Robert Kuok. Apabila beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan bisnes tersebut dua pihak yang berminat menguasainya iaitu Felda dan Syed Mukhtar. Ini bermakna apabila Robert Kuok meninggalkan bisnes ini 100% kuota pengimportan bahan mentah gula akan dikuasai oleh Syed Mukhtar. Pada pendapat saya inilah antara perkara yang memungkinkan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga gula sebanyak hampir 14%.

Daripada isu ini kita melihatkan amalan monopoli oleh sistem kerajaan Malaysia walhal US selaku Raja Kapitalis totok memerangi dua kaedah perniagaan iaitu monopoli dan konspirasi penetapan harga. Tengok apa yang berlaku kepada gergasi konglomerat mereka seperti Standard Oil, AT & T dan Microsoft di mana syarikat tersebut telah dipecahkan kerana mengamalkan monopoli. Antara syarikat terbaru yang akan menjadi sasaran atas dasar monopoli adalah INTEL.

Sekian.

No comments:

Post a Comment